Monday, January 25, 2010

Perutusan Tahun Baru 2010

assalamualaikum kepada semua ahli persatuan 3B

saya berharap pada tahun ini kita boleh melipatgandakan usaha kita untuk terus maju sama ada dalam akademik mahupun persatuan agar menjadi graduan yang lebih holistik.

sehubungan dengan itu saya memohon anuar dapat mempromosikan kepada semua pelajar untuk menghadiri AGM 3B PADA 31/1/2010 JAM 8 MALAM DI FAKULTI SAINS GUNAAN.

ANTARA PROGRAM YANG AKAN DIJALANKAN SEMESTER INI ADALAH:

1- KEM TEAM BUILDING DI PULAU PANGKOR (5-7 MAC 2010)
2-PROGRAM TAUTAN KASIH (19-21 FEB 2010) DI SEBUAH SEKOLAH DI MELAKA.
3-PROGRAM2 LAIN AKAN DIMAKLUMKAN SEMASA AGM KELAK.

Sila berhubung dengan Saudara Fuat Salbi 0134263799,sr Farhan 0136736178, mike 0134910567

mohon SEMUA AHLI termasuk dari persatuan PERFACT PUNCAK PERDANA DAPAT MENGHADIRKAN DIRI.

Tuesday, February 3, 2009

PENGENALAN MENGENAI PERSATUAN 3B (BRIGHT, BRILLIANT, BRAVE)

Persatuan 3B bermula dengan seminar yang dianjurkan oleh Unit Kaunseling pada tahun 2006 yang mana ia memberi fokus kepada pelajar-pelajar yang mencapai kecemerlangan dengan CGPA 3.5 ke atas. Program ini merupakan salah satu usaha oleh Unit Kaunseling pada masa itu agar para pelajar cemerlang ini tidak tersisih dari kelompok rakan-rakan yang lain dan dapat menyumbang sesuatu kepada universiti.

Ia juga merupakan satu program untuk mendekatkan para kaunselor dengan golongan bijak pandai di kampus UiTM Shah Alam. Antara objektif Seminar 3B adalah membentuk kematangan berfikir dan bercirikan global, persediaan menghadapi cabaran sebenar dalam bidang kerjaya yang akan diceburi, meningkatkan kecemerlangan yang seimbang dari personaliti dan tingkahlaku.

Pada tahun 2007, Seminar 3B dijalankan untuk kali keduanya bertempat di Dewan Kuliah Sains dan Teknologi. Pada sesi terakhir program ini dijalankan pada waktu petang, Ketua Unit Kaunseling iaitu Puan Hajah Siti Aluyah Mohd Ali telah mencadangkan agar para pelajar cemerlang ini dapat menubuhkan satu persatuan yang dianggotai pelajar-pelajar cemerlang agar mereka dapat saling bertukar maklumat dan juga membuat pelbagai aktiviti.

Akhirnya setelah melalui pelbagai proses Persatuan 3B telah berjaya ditubuhkan. Akhirnya pada 20 November 2007, Persatuan ini dengan rasminya telah dilahirkan melalui Kelulusan Penubuhan Badan Pelajar di bawah Seksyen 8 (1) Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976. Memiliki Sijil persatuan bernombor siri SH:185. mempunyai ahli seramai 145 orang yang mendaftar, Penasihat persatuan ini adalah Prof. Madya Dr Mansur Ahmad dan dibantu oleh Penasihat ke dua iaitu Puan Mawaddah Fida Farid selaku Kaunselor di Unit Kaunseling. Pada masa ini presiden persatuan ini adalah Saudari Anis Shaari dari Fakulti Pendidikan.

Kini umur Persatuan 3B baru sahaja mencecah 1 tahun 2 bulan, dan turut sama-sama ingin berdiri bersama persatuan-persatuan yang telah ada di UiTM ini. Pelbagai aktiviti telah dirancang bagi memantapkan persatuan ini. Menjadi harapan agar persatuan yang masih hijau ini dapat terus hidup dan tumbuh dan seterusnya mampu memberi manfaat kerana orang sekelilingnya.

Monday, February 2, 2009

Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan 3B

Persatuan 3B UiTM akan mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan dan Perlantikan Ahli Jawatankuasa Persatuan pada

5 Februari 2009
Khamis
Jam 8 malam
Dewan Kuliah 1 Fakulti Perakaunan (belakang Pejabat Pos menara SAAS)
Semua ahli kelab diseru untuk hadir dan digalakkan untuk menaja/membawa kawan-kawan yang ingin berminat untuk mendaftar.
keterangan Lanjut Hubungi 019-6915584 Anwar